Tuesday, November 29, 2005

 

LEWAT LAGI

kalau berbunyi nya alarm nasyid 'maula yasal' dari hp aku, berarti aku punyai empat puluh minit untuk siap. celek mata. panaskan iron. seterika baju. mandi etc etc. finally solat. terus start kereta.

tapi pagi ni. aku masih terapung dalam separuh sadar. mau bangun atau mau terus berdakap bantal peluk ku? semalam aku terlena awal. letih. aku terjaga pukul satu. aku tau aku belum berus gigi lagi. selepas gosok gigi aku kembali sambung tidur. sejuk. letih seharian memerah otak. aku boleh lena.

selalunya aku akan terus lompat terjaga dari katilku bila 'maula yasal' berkumandang. tapi hari ini aku jadi malas. 'males bangeeett' kata orang jakarta. aku biarkan nasyid berbunyi sampai habis. aku tak bangun picit2 button nya. aku terus pejamkan mata. terlelap terus. bila sedar aku sudah lewat setengah jam. namun, aku ke ofis juga.... tapi lewat.

macam monday blues lagi, walaupun sudah hari selasa. mau chatting, computer jealous. mau jealous, aku tak pernah jealous pun. jadi biarkan aku tak betul sorang2 hari ni.

Friday, November 25, 2005

 

OH.. MY! MY-CARD

pagi tadi aku ke pejabat pendaftaran untuk mengambil my-card yang sudah lama siap. seperti biasa ada saja yang buat aku tak puas hati bila dealing dengan depa ni:
  1. surat pemberitahu untuk mengambil my-card bertarikh 7/10/2005, tapi baru kelmarin posmen hantar kat rumah (kenapa normal postage makan masa lama sangat nih? sampai 47 hari baru sampai!)
  2. dah sampai lewat, ada pula peringatan dibawahnya tuh: DENDA RM100.00 JIKA TIDAK DIAMBIL DALAM TEMPOH 90 HARI DARI TARIKH SURAT INI (e-e-elehhh... ini buat aku tambah geram nih!)
  3. udah lah foto kita jenis muka tak commercial dan tak segak, sebelah kolar baju aku tersepit kot hitam yang disuruh aku pakai tuh.. buat kan gambar aku tu lebih tak balance. cacat lagi! dulu cousin aku yang suka pakai tudung putih, disuruhnya pakai tudung yg gelap dan bercorak, yang dia sendiri tak minat untuk memakainya. dia nak senyum bagi nampak gigi pun depa tak bagi. terus.. gambar nya rosakk!! hilang keaslian rupa dia !! but still we have to accept it, karena ini kad pengenalan kita.

jadi aku cuma boleh bagi cadangan kpd orang pendaftaran supaya berkesan sikit servis mereka nih:

  1. kalau dah tau (kebiasaannya) proses menyedia my-card ini makan masa 2 minggu misalnya. suruh saja pengguna my-card baru, datang mengambilnya dalam masa 2 atau 3 minggu. tak payah tunggu2 surat lagi.
  2. bahagian yang mengambil foto tu, biarlah orang yang tau seni foto sikit. macam di kedai2 gambar tuh. tau membetul benda2 yang tak betul. tak lah kolar baju tersepit di kot masa bergambar tuh.
  3. kalau bagi wanita yang suka bertudung putih tuh, biarlah dia bertudung putih. cuma gelapkan background nya saja. susah sangat ke?

puas hati ka, geram ka. kita TERPAKSA terima juga. tapi semua ni boleh diperbaiki.


Monday, November 21, 2005

 

ONG KE ?

jumaat aku main. tapi game abandoned. kemarin pun aku main. tak puas aku main pada hari2 ini. alasannya? hujan. tengahari panas kemudian jadi redup bila kami tee off ke lubang ketujuh. terhenti permainan kami buat seketika. sekurang2nya kami boleh sambung sampai tamat, tapi dalam suasana yang habis basah. hujan berhenti kekadang turun renyai. tapi aku tak kuatir tentang main dalam hujan selagi tiada kilat menyabung. karena dari kecil lagi aku suka main hujan.

setelah fresh up dan selesai makan, kami pulang. atas mobil lagu 'cinta' kd dan mally goslow berkumandang. zahar disebelah aku, tak suka lagu itu. aku suka, terus dengar sampai habis sambil nyanyi bersama senada kd.

dirumah, aku berihat diruang tv. aku buat coclate susu panas sambil cari2 channel. aku nonton 'troy' featuring brad pitt. kemudian aku tukar2 channel lagi. aku lihat clip video top 10 lagu2 indonesia. kd dengan 'mengenang mu' di tangga kedua. disiar juga beberapa lagu2 nominee yang baru. diantaranya 'dealova' oleh once. selama ini aku ingat nama penyanyi ini disebut 'once' seperti dalam bahasa inggeris. tapi dianya disebut 'ong-ke'.

inilah pertama kalinya aku terdengar nama begitu. nanti besok aku mau confirm sama teman2 bloggers diseberang sana. betul ga?

Thursday, November 17, 2005

 

SILAT MEMUTAR

dulu aku pernah belajar silat. masa itu aku kira perlu buat aku mempelajarinya. karena seni silat itu cantik sekali. aku berguru melalui sorang wali. diperturunkan ilmu silat dengan berbagai bentuk. diantara yang aku gemari ialah silat harimau berantai dan silat kuntau jawa. aneh tapi nyata.

semalam aku berguru lagi. kali ini harus bertapa di dalam gua. gelap tak bercahaya cuma diterangi cahaya bulan di luar.

aku berguru sama seorang puteri yang bukan calang2 orang nya. guru puteri ini pintar sekali. aku sorang saja yang jadi murid nya. berbagai sudah aku pelajari dari nya. dia hebat. dia ku hormati. diantara silat yang diajari aku ialah silat memutar. gemas juga aku dibuatnya. tapi aku suka sekali. bukan sekali diajarnya. berkali2. sampai capek aku dibuatnya, berpeluh basah kuyub.

aku disuruh berlari di tepi sungai. dan aku akan diburu. di panah bertalu2 oleh musuh dari seberang sungai. akan ku cuba mengelak. namun terkena juga panahan musuh di dada ku. aku jatuh. meraba2 luka ku. terhidu darah luka ku.

terkejut aku dari lenaku. rupa2 aku bermimpi lagi. memang ada nyamuk menggigit dadaku. darah nyamuk itu masih terbau di jari. ingatkan aku sudah mati di panah.

cuma khayalan belaka.

Wednesday, November 16, 2005

 

5 ZAHAR 1 HARI

kemarin, pagi2 lagi fon aku berbunyi. nada dering nya masih lagu 'selamat hari raya'. kan syawal belum selesai, jadi aku mau biarkan tone hari raya berbunyi sampai habis syawal. yang memanggil tuh, teman golfer, sorang lecturer universiti namanya zahar. dia ajak main hari ini. aku bagi excuse saja. dan kami agreed hari sabtu saja untuk bertarung.

kemudian, semasa aku di hyundai service center, aku dapat kenalan baru, juga owner kereta hyundai yang datang service keretanya, kami berbual agak rancak juga tentang kereta. kenalan baru ku itu juga bernama zahar.

balik ke ofis. tiba petang mau pulang aku dipanggil oleh rakan golfer satu lagi, juga bernama zahar. dia mengajak aku ke pan-west pro-shop mau tukar voucher hadiah yg kami dapat masa tournament ahad baru2 ini. kami ke pro-shop tukar voucher masing2 dengan beberapa alatan golf. petugas di pro-shop juga baru orangnya, aku menyapa dan dia introduced diri nya sebagai zahar juga.

pulang ke rumah, ponakan aku datang menjemput aku makan malam di restoran favouritenya. aku ikut tuk menemaninya. ponakan aku pun bernama zahar.

aneh sekali apa yang berlaku pada ku hari ini. aku tak pernah bertemu dan menyapa atau berurusan dengan 5 orang berterusan dalam satu hari yang mempunyai nama yang sama. inilah kali pertamanya. cuma aneh !

Thursday, November 10, 2005

 

COUSIN KU

hari ini aku dapat a direct call lagi. kali ini suara cewe yang ku tak kenal. tapi dia mengenali aku. intro nya sopan sekali. buat aku sejuk dan terus melayan. dia sebut dirinya sebagai kak ngah.

baru aku teringat. aku juga punya sorang abang ngah. cousin aku. dalam hati aku, aku sudah meneka siapa dia. sudah pasti ini suara cewe yang di ceritakan oleh kakak2 ku tempoh hari. khabar2 angin terbaru mengenai cousin ku ini yang sekarang sudah menjadi nyata.

aku bersimpati dengan cousin ku ini. isterinya sakit, terlantar paralyse dan tak boleh bercakap. puncanya, penyakit otak berair. terus di operate tapi tak bernasib baik. sudah dua tahun terlantar di rumahnya. cuma diet susu di berikan melalui tiub. dia dibantu oleh dua orang pengasuh. sekali sekala aku mengunjung rumahnya melihat khabar. menziarahi orang sakit. tak ada yang diceritakan mengenai dirinya.

aku di hubungi perempuan ini karena ponakannya ada urusan dengan pejabatku. mau tanya khabar tentang menempatan ponakannya disini. jadi aku lah orang yang terdekat untuk mendapat maklumat itu. aku terus melayani, karena aku tak pernah penat menolong yang memerlukan bantuan. akhirnya aku dapat berita yang mengiyakan segala khabar angin tentang cousin ku ini, "direct from the horse's mouth".

"iya.... ini kak ngah. isteri baru abang ngah kamu."

rupa2nya memang benar abang ngah sudah beristeri baru.

Wednesday, November 09, 2005

 

MANIS INSULIN

semalam aku dapat call dari sorang teman lama. sudah 20 tahun kami tak jumpa. cuma aku mengutus kad raya sekali setahun. dia beranikan diri untuk memanggilku.

"abang..... kenal dak lagi suara ini?"

bayangkan suara yang pernah aku rindui dulu, pernah sama bercanda dulu, pernah bergelak ketawa dulu, kini ku dengar kembali tak disangka. entah mengapa dia dan aku tak menyatu. masing2 membawa hati yang tiada sambungannya lagi. tak berhubung. cuma yang aku tahu dia sudah menikah di KL dan juga punyai dua anak.

dia baru mau mengucapkan terima kasih dan selamat hari raya dan maaf maafan buat pertama kalinya. setelah bertahun2 dia tak pernah membalas kad raya aku. dia ceritakan kisah2 happy sama keluarganya. sama anak2 dan husbandnya disana. sekarang sudah punyai rumah sendiri di suburb kota. address rumahnya pun dia beritahu. dijemputnya aku dan keluarga kerumahnya, "bila senang2 datanglah kerumah. boleh i cuba jamu apa yang abang minat." bersahaja suara cerianya dilempar ke telinga ku. aku cuma mengiya dengan "insyaallah".

bila cerita tentang kesihatan, dia mengeluh tapi tabah mencerita pasal diabetis yang ia hadapi.

"i am on insulin now, everyday, since pregnant the first child. weak, but alhamdulillah masih boleh melihat anak2 besar."

aku cuma sympathise mendengarnya. aku pun apa kurangnya. sama2 punyai penyakit. terima saja lah. aku berpunca dari berlebihan cholesterol, tapi dia tidak. dia lebih 'manis'.

panjang juga kami bersembang. fun dan baik seperti dulu. happy tak ada yang sedih2. dan kami sudahi dengan thanks dan maaf maafan.

"assalammualaikum."

"wa'alaikumussalam." aku akhiri.

Monday, November 07, 2005

 






ini la kasut raya lepas raya !!
ceeee...... bergaya weh *hehehe*

Sunday, November 06, 2005

 

GA BISA

iya .... ga bisa ngebut lagi !!

memang season berhari raya aku tak mampu memecut keretaku lagi. bukan di pekan malah di highway kereta sudah berduyun mau pulang ke kota masing2. speed slow sekali, aku naik bosan lama2 dihighway. nak pecut laju tak boleh lagi. dua hari turut2. jadi beruntung lah nasib burung2 myna. mereka tak akan jumpa yang ngebut2 lagi buat 2 hari nih.

jadi aku pulang dengan aman dari pantai. terlalu aman tapi kurang 'ump'nya karena ga bisa ngebut macam selalu.

 

KASUT LEPAS RAYA

ingat2 aku tahun ni aku tak payah lagi beli kasut raya. kerna yang ada masih elok. jadi aku pakai pi gathering di pantai kemarin. sampai di pantai aku dah keluarkan sendal biar senang sedikit berjalan2 di sana.

pagi ni aku cari2 kasut tu. yang ada cuma sendal saja. pada mulanya aku sangka ianya misplaced. tapi bila dicari2 dah sah kasut tu sudah hilang. dalam hatiku aku senang sekali kalau kasut aku tu hilang. kerna semua rezeki yang kita cari ini adalah anugerah tuhan. apa salahnya kalau diagihkan sama2. mungkin ia rezeki orang yang mengambilnya.

elok juga tu, kerna aku pun pengen juga kasut baru.

terus petang tadi aku ke mall beli kasut baru. cap buaya lagi. nasib baik masih ada sales. anak2 aku tertawa sama aku. kata mereka aku beli kasut raya lepas raya. tapi.. sekurang2 aku boleh bergaya di ofis besok.

Thursday, November 03, 2005

 
aku ucapkan:
SeLAMAT HARi RAYA
Aidilfitri - 1426 H

















kepada semua sahabat handai, bros and sis, yang menggoda dan yang moody, dan bloggers semua yang beragama islam, semoga happy dan dimurahkan rezeki.

Wednesday, November 02, 2005

 

SMS lagi

hari ini saja aku terima 19 ucapan sms lagi. setakat kini. tapi yang menarik sekali aku sudah mula berjinak membalas pantun dengan sms. dulu aku kurang minat sms nih. 'males banget' kata orang jakarta. waduhhh.. penat aku mengetip nya. tapi interesting juga ya.

masa aku mau baring2 tengahari tadi, aku mula membalas. yang lainnya aku balas sms yang standard saja. tapi yang satu nih aku balas dengan sms special. seronok juga ya sms sambil mau rihat2kan mata. bersantai sorang2 atas katil sambil mengetip. sampai mata aku mula pejam, baru aku stop balas sms tu. aku permisi aja sesudah puas dan enak berkhayal, dan ketika kelopak mata ku tak tahan lagi diangkat.

bila terjaga dengan satu lagi nada sms dari teman golfer aku, aku rasa fresh kembali. terus fresh up, happy. ambil wuduk. solat asar. dan ke notebookku ini.. updating this post.

Tuesday, November 01, 2005

 

KAD UCAPAN

tahun ini aku terima kad ucapan tak seperti tahun2 lalu. tahun2 dulu banyak sekali.. tapi tahun ini kad raya tak seperti dulu lagi. mungkin tahun ini gawat sedikit. atau aku lambat pos kpd mereka karena sibuk dengan kerja. kad aku yang company print pun masih banyak tak sempat dihantar. terlebih banyak. mungkin ramai juga dah pindah dan bertukar alamat. kadang2 hilang tak tau ke mana. atau teman2 dah lebih suka dengan sms. save lagi tuh!!

ternyata teman2 lebih suka mengucap selamat melalui sms. berbagai style dan berbagai rupa. yang berpantun pun masih ada. mulanya aku macam biasa.. malas mau membalasnya. tapi pikir2 sebab kawan dan hari lebaran setahun sekali, aku pun baru mula balas pagi tadi. tapi kurang 'ump' la !!

njeh.. zaman sudah berubah.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?