Thursday, March 30, 2006

 

TEMAN SEBAYA

kemarin teman golfer aku baru datang ofis selepas tiga minggu mc. dia baru buat operation di bahagian tersorok lagi. satu penyakit yang perlu di bedah.

ramai sudah teman2 golfer aku dapat penyakit. selepas pulih masih kelihatan berseronok di padang. happy macam biasa. tapi punya penyakit.

tinggal segelintir lagi teman2 aku yang masih sihat. mereka masih muda dan bertenaga. yang tua2 pun ada yang masih sihat. mungkin antibody mereka masih kuat berfungsi. harap mereka kan kekal sihat wal-'afiat.

untuk renungan bersama: penyakit serang tak kira siapa, mau yang berada atau yang tiada, bila tiba masanya terima saja dech! tapi ... ingat. biarlah berwaspada kerna kebanyakan penyakit berpunca dari pemakanan. biar gemar makan tapi sedikit2. biar makan makanan yang seimbang. elok berhenti makan sebelum rasa kenyang, kerna mencegak penyakit lebih baik dari mengobatinya.


Tuesday, March 14, 2006

 

TERTIB MEMOTONG KUKU

sejak dulu lagi aku sudah dididik dengan adab terbaik bila mau memotong kuku. diajarnya aku dengan tertib waktu dan ketikanya bila memotong. sebaik2nya selepas mandi (logiknya: kuku akan menjadi lembut bila dibasahkan, jadi mudah memotong). bermula dengan bismillah dan mula dengan kuku jari manis sebelah kanan (itu dulu yang aku kira sudah tertib tuh). lebih baik dipotong pada hari2 isnin, khamis atau jumaat (hari2 sunat nabi) dan banyak bawa barakahnya. selepas dipotong sunat ditanam cebis2 kuku tuh (asalnya kita dari tanah kembalinya bahagian kita ke tanah jua).

sejak setahun dua kebelakangan ni anak aku dapat risalah yang lebih tertib (yang dipelajarinya mengikut sunnah nabi). mari kita lihat dan amalkan caranya:

bagi tangan: mulakan dengan kuku jari telunjuk kanan. kemudian dituruti kekanan dan berakhir dengan ibu jari kanan. kemudian diikuti dengan kuku jari kelingking kiri dan dituruti kekanan hingga berakhir dengan ibu jari kiri. (lihat gambar)

bagi kaki: mulakan dengan kuku jari kelingking kanan dan dituruti kekiri hingga berakhir dengan kuku jari kelingking kiri. (itu mudah ingat kan?) *lebih mudah bila dilihat gambar

kemudian hari2 yang lebih afdal memotong ialah pada hari2 berikut:
isnin - bertambah alim dan berilmu
khamis - beroleh kekayaan
jumaat - berilmu dan punyai sifat lemah lembut

hari2 lain kurang barakahnya malah membawa kepada perkara2 yang tidak enak didengar.

wallahu'alam.

Thursday, March 09, 2006

 

SONOTRON

sementara nunggu teman chatting aku sembahyang, aku mau cerita tentang terapi yang aku jalani.

sudah dua hari aku buat terapi pada sendi pergelangan tangan aku yang sudah lama terseliuh. sudah lebih 20 tahun mungkin. pada hari jumaat lalu aku ke klinik jumpa doctor. dia nasihat aku supaya rihat 5 hari jangan main, selepas buat treatment sonotron nih. katanya alat canggih ini adalah the only one in the island. aku harus percaya itu. and it cost him almost 190 thousand ringgit, as his assistant told me.

alat yang berbentuk macam hairdryer ini keluarkan bunyi yg nyaring & bising sekali dengan sedikit sinar panas pada kulit yg di terapi nya. jadi aku harus pakai ear-plug untuk nyahkan bunyi bising tuh. treatmentnya cuma makan masa 15-20 minit.

balik rumah aku cukup senang hati kerna terasa ringan sedikit pada pergelangan tangan kanan aku nih. esoknya aku tak sabar2 lagi turun ke padang main golof sama temen2. ahad petang pun aku terus main lagi. ternyata permainan aku improve banyak bila sendi tangan aku tak terasa sakit. dan hari nih dah tak terasa sakit lagi dah dan bengkak2nya pun dah hilang.

harap2 aku boleh main lebih baik lagi pada hari sabtu nih.

*adakah alat canggih ini yg menyembuhkan tangan aku atau keyakinan aku terhadap treatment ini yg membuat aku lega. atau tuhan saja yg mau menyembuhkan nya.


Thursday, March 02, 2006

 

8 SWITCHES

tak terpikir aku apa yang aku buat tiap hari bila masuk ofis. bilik aku berkunci jadi harus buka kunci pintunya dulu ... itu biasa bagi aku. tapi sebaik saja masuk ke bilik ... "ketik.. ketik.." aku harus petik dua suis untuk nyalakan lampu bilik aku.

kemudian aku berjalan ke hujung meja ... "ketik.. ketik.." lagi dua suis untuk notebook dan printer aku. di belakang sebelah hujung side table ... "ketik.. ketik.. ketaakkk.. ktiiit".

ketik #5 tuh untuk air freshner *ambi pur* aku. ketik #6 untuk suis air-con. ketik #7 (yang bunyinya kuat sedikit tuh) butang hijau air-con lagi. ketik #8 (yang bunyi manja sedikit tuh) suis remote air-con lagi.

jadi, tiap pagi kerja aku harus ketik suis sebanyak delapan kali. bila mau pulang pun aku harus ketik delapan kali lagi. waduuhhh! baru terasa aksi routine ini, walaupun aku sudah keluar-masuk bilik ini selama lapan tahun yang lalu.

tapi aku tak kisah. kerna orang cina bilang angka 8 tuh.... onggg lho!!

This page is powered by Blogger. Isn't yours?