Monday, February 27, 2006

 

NEVER IN THIRTY YEARS

pagi ni aku bangun segar sekali. mood blues hari senin dah hilang sedikit. mungkin kerna aktiviti semalam. sungguh pun aku sudah ucap alhamdulillah aku masih terasa aneh kerna hari ini aku sungguh bertenaga sekali. alhamdulillah.

kemarin aku main teruk sekali. ber'over'2, terus tak ada ranking top 15 pun. tapi sebelum tu aku dengan isteri ke kedai electrical appliances untuk cari mesin basuh baru 11 kg. ini untuk mengganti yang lama yang kecil tuh walau masih boleh beroperasi sejak 18 tahun lalu. tujuan asal cuma nak beli washing machine, tapi bila sampai ke kedai aku tertarik juga dengan lcd tv wide screen. tv yang ada dirumah tu dah mula buat hal dan yg ada di bilik2 tidur kami pula cuma screen yang kecil saja. jadi itu alasan baik untuk ganti yang baru. terus masa aku keluar main mereka datang menghantar kedua2 barang baru tu ke rumah. anak isteri aku yang menikmatnya dulu kerna aku balik lewat malam.

sepatutnya aku harus sampai rumah lebih awal. biasa sebelum 9. tapi semalam aku terlewat lebih 1 jam, kerna tersadai di highway kehabisan minyak. tak pernah dalam lebih 30 tahun of driving kereta aku kehabisan minyak. di highway pula tu. i was caught in between.

nasib baik ada anak penakan dan plus peronda. mula2 aku call isteri beritahu hal yang terjadi. isteri aku cuma tertawa lucu, tapi masih mau membantu. aku tak kasi dia datang, terus aku call kifli, anak penakan aku. kemudian datang plus peronda nak beri bantuan. mereka tak ada minyak spare tapi cuma boleh tow saja dan pasang cone pantul cahaya berderet di belakang kereta aku. aku bagi tau sama mereka anak penakan aku sudah pun dalam perjalanan dengan minyak spare. lagi pun nak tow kereta aku boleh buat rosak gear box nanti. jadi aku ucap terima kasih saja kat mereka kerna aku decide tunggu bantuan dari kifli. mereka harus ketempat lain kerana ada accident pula di sana.

aku kesorangan dalam kereta. di luar gelap gelita cuma diterangi lampu hazard kereta aku, juga lampu kereta yang sekali sekala lalu di situ. aku yakin kifli akan datang dan memang dia datang. tapi dalam hati aku, aku masih menyalahkan sikap ngebut aku untuk sampai ke destinasi dalam waktu yang terhad.

aku menangguh mengisi minyak sebelum ke kelab tadi, kerna masih cukup untuk kesana tanpa melengah walaupun 10 minit. masa untuk sampai ke kelab 'on time' lebih penting untuk aku. kerna aku tak mau teman2 menunggu. isi minyak boleh dibuat selepas main saja. tapi kali ini aku terlupa isi minyak masa pulang tadi. aku cuma tersedar bila terlewat station minyak yang terakhir di highway. aku tak boleh buat u-turn di highway, jadi aku terus pecut dan berharap baki minyak yang ada, mencukupi buat 29 kilometer lagi. harapan aku musnah kereta aku cuma terdaya 15 kilometer saja.

pulang ke rumah aku masih senang hati melihat anak isteri menyambut aku dengan kata2 lucu me'warning' aku. apa boleh buat aku terima saja kealpaan aku itu. sudah suratan mungkin buat hari ini, atau sumpahan dari mereka2 yang membenci aku. aku terima saja itu. kerna tuhan itu lebih adil mencorak hidup ku. aku tetap bersyukur ke atas segala pemberian nya. alhamdulillah.

selepas fresh up aku dan isteri bersantai depan tv wide screen baru. sampai pukul 1 baru kami masuk tidur. masih berselera kami untuk adegan 30 minit sebelum tidur.

Monday, February 20, 2006

 

MYNA ... YOU ARE SMART AFTER ALL

kau memang tak pandai mengelak ketika di highway. selalunya kau menjadi korban di subuh hari bila aku ngebut mau bermain. kini ternyata marga kamu masih ada yang smart di mata ku.

kemarin selepas main aku ke rumah ipar ku. lama sudah aku tak ke sana. dulu yang aku tau ipar ku cuma ada seekor burung tiung yang pandai berkata2. kini tiung itu sudah tiada lagi. kerna mati di makan kucing jiran. jadi ipar aku membela seekor burung myna pula.

rupa2nya burung myna ini pun pandai berkata2. tutur katanya masih sedap didengar sungguh pun tak sehebat si burung tiung. berbagai yang mau diucapkan bila diajak bersembang. 'halo', 'salamualaikum', 'cik kiah', 'emak' .... itu yang selalu diulang2kan.

tapi yang menarik sekali ketika aku mau pulang. dia keluarkan bunyi ... 'ciok ... cuk', 'eeeoooww ... eeeoooww ... eeeooowww ... eeeooowwww'. itu bunyi buka pintu kereta dengan remote control, dan bunyi alarm kereta yang melucukan.

kami sekeluarga pulang dengan membawa kenangan si myna dengan bunyian lucu nya. kau memang tak sebodoh seperti yang ku sangkakan.

Tuesday, February 07, 2006

 

MAMI JARUM

gelaran begini sungguh popular bagi perempuan yang suka bawa mulut. cerita dari mulut nya ada yang betul, ada yang di tokok tambah nya.

dalam famili aku tak ada yang tergelar sebagai mami jarum. tapi biras aku ada sorang telah di chop mami jarum. dia sungguh seronok bawa mulut. kesana dia cucuk kesini dia cucuh ... melatah .. terbakar sana sini.

baru2 ni dia canang yang zul berkelahi dengan istrinya kerana tak jadi beli rumah. padahal hamba allah tu tak pernah berkelahi pun dan masih berhasrat untuk membeli rumah tuh. jadi isu-isu yang melibat rumah tangga orang sungguh sensasi buat mami jarum nih.

bulan lalu dia buat sensasi dengan perang besar suami isteri jiran tetangganya. si suami tuh sudah kawin lain, anak dara terlajak, si isteri cuma dapat tau setelah ditanya penjual kad prepaid nombor handphone yang selalu di 'top-up' oleh sang suami tuh. bila si isteri membuat panggilan ke nombor handphone misteri itu, baru terbongkar rahasia sang suami. itu lah cerita sensasi yang kami dulunya tak tau sekarang dah kami tau. thanks ya! mami jarum. tau juga kami sedikit cerita.

jadi aku sudah pesan sama isteri aku. kalau mau create cerita sensasi kasi tau saja sama mami jarum. boleh di canang sekampung lebih cepat dari internet. lagi pun isteri aku tuh selalu juga terjumpa dia di pasar besar tu tiap minggu. pandai2 lah kita membuka mulut sama mami jarum tuh.

Monday, February 06, 2006

 

MEETING FRIENDS

sambil mendengar lagu 'home' by michael buble, aku masih biru di pagi senin nih. biar berkali2 aku mendengarnya biar lain orang yang jemu aku nih ga bisa.

kemarin hari sabtu aku temui classmates yang sudah lama tak ketemu. masing2 badan dah berubah. malah suara pun. tapi style dan gaya nya ganteng kerna sudah punyai status yang baik. bayangkan sudah hampir tiga puluh tahun tak berjumpa.

yang satu nya retired major dari arm forces. yang satu lagi a businessman, a successful one. kami bertiga sudah lama jumpa, itu pun di padang golf dan sudah bermain bersama buat beberapa kali. yang satu lagi baru sama2 mau jumpa ... iya, berjumpa buat pertama kali nya selepas sekolah menengah. dia sorang polis berpangkat tinggi dan punyai title lagi.

bila jumpa di kelab, cerita pertama kami ialah classmate perempuan yang cantik2 dulu. tapi kini sudah nampak lebih tua lagi dari kami. dan saiz2 mereka masyaallah XXXL kesemuanya. "he.. he.. he.. he.. he.." geli hati sekali bila kami ceritakan masa sekolah dulu. masa muda remaja dulu. lepas sorang sorang kami kaitkan dimana bagaimana mereka sekarang. still a great concern tentang kawan2 lama tuh. banyak nya yang lucu dan happy saja. kami dulu apa kurang nakalnya, tapi yang tak terserlah nakalnya sudah lebih hero dari kami berempat. dengar cerita dia tuh punya perempuan 22 - 25 tahun keliling pinggang. pasti benar cerita tuh. pada hal kami berempat sudah jadi suami setia pula ... masing2 punyai satu isteri saja, anak dua dan empat. cuma sorang sudah ada cucu kerna anak sulongnya perempuan dan memang dia pun kawin muda. begitu lah cerita kami ketika sedang lunch di kelab sebelum bermain. bila mau settle bil, tuan ampunya kelab sudah menyainkan kesemuanya. mungkin dia sudah di perkenalkan teman kami yang bertitle tadi. senang banget nih kalau selalu di treat begini.

permainan aku hari tu superb sekali. aku mengatasi mereka bertiga. teman sekolah yang baru kami jumpa nih jadi runners-up. tee-off aku tak rosak cuma sekali saja ter'hook' terus ke kolam. aku masih mampu main under. jadi champ aku di antara kami berempat. kami celebrate kemenangan aku dengan minum saja sebelum kami pulang. return match nya pasti ada. akan di atur lagi.

pulang kerumah istri sudah setia menunggu tak jemu2 menjamu lagi si suami nih. aku terus berihat sama anak bini di rumah.

* that's what friends are for ...



This page is powered by Blogger. Isn't yours?