Monday, February 27, 2006

 

NEVER IN THIRTY YEARS

pagi ni aku bangun segar sekali. mood blues hari senin dah hilang sedikit. mungkin kerna aktiviti semalam. sungguh pun aku sudah ucap alhamdulillah aku masih terasa aneh kerna hari ini aku sungguh bertenaga sekali. alhamdulillah.

kemarin aku main teruk sekali. ber'over'2, terus tak ada ranking top 15 pun. tapi sebelum tu aku dengan isteri ke kedai electrical appliances untuk cari mesin basuh baru 11 kg. ini untuk mengganti yang lama yang kecil tuh walau masih boleh beroperasi sejak 18 tahun lalu. tujuan asal cuma nak beli washing machine, tapi bila sampai ke kedai aku tertarik juga dengan lcd tv wide screen. tv yang ada dirumah tu dah mula buat hal dan yg ada di bilik2 tidur kami pula cuma screen yang kecil saja. jadi itu alasan baik untuk ganti yang baru. terus masa aku keluar main mereka datang menghantar kedua2 barang baru tu ke rumah. anak isteri aku yang menikmatnya dulu kerna aku balik lewat malam.

sepatutnya aku harus sampai rumah lebih awal. biasa sebelum 9. tapi semalam aku terlewat lebih 1 jam, kerna tersadai di highway kehabisan minyak. tak pernah dalam lebih 30 tahun of driving kereta aku kehabisan minyak. di highway pula tu. i was caught in between.

nasib baik ada anak penakan dan plus peronda. mula2 aku call isteri beritahu hal yang terjadi. isteri aku cuma tertawa lucu, tapi masih mau membantu. aku tak kasi dia datang, terus aku call kifli, anak penakan aku. kemudian datang plus peronda nak beri bantuan. mereka tak ada minyak spare tapi cuma boleh tow saja dan pasang cone pantul cahaya berderet di belakang kereta aku. aku bagi tau sama mereka anak penakan aku sudah pun dalam perjalanan dengan minyak spare. lagi pun nak tow kereta aku boleh buat rosak gear box nanti. jadi aku ucap terima kasih saja kat mereka kerna aku decide tunggu bantuan dari kifli. mereka harus ketempat lain kerana ada accident pula di sana.

aku kesorangan dalam kereta. di luar gelap gelita cuma diterangi lampu hazard kereta aku, juga lampu kereta yang sekali sekala lalu di situ. aku yakin kifli akan datang dan memang dia datang. tapi dalam hati aku, aku masih menyalahkan sikap ngebut aku untuk sampai ke destinasi dalam waktu yang terhad.

aku menangguh mengisi minyak sebelum ke kelab tadi, kerna masih cukup untuk kesana tanpa melengah walaupun 10 minit. masa untuk sampai ke kelab 'on time' lebih penting untuk aku. kerna aku tak mau teman2 menunggu. isi minyak boleh dibuat selepas main saja. tapi kali ini aku terlupa isi minyak masa pulang tadi. aku cuma tersedar bila terlewat station minyak yang terakhir di highway. aku tak boleh buat u-turn di highway, jadi aku terus pecut dan berharap baki minyak yang ada, mencukupi buat 29 kilometer lagi. harapan aku musnah kereta aku cuma terdaya 15 kilometer saja.

pulang ke rumah aku masih senang hati melihat anak isteri menyambut aku dengan kata2 lucu me'warning' aku. apa boleh buat aku terima saja kealpaan aku itu. sudah suratan mungkin buat hari ini, atau sumpahan dari mereka2 yang membenci aku. aku terima saja itu. kerna tuhan itu lebih adil mencorak hidup ku. aku tetap bersyukur ke atas segala pemberian nya. alhamdulillah.

selepas fresh up aku dan isteri bersantai depan tv wide screen baru. sampai pukul 1 baru kami masuk tidur. masih berselera kami untuk adegan 30 minit sebelum tidur.

Comments:
sesekali kita boleh merenung 'apa yg sudah kita buat terhadap sesama'

dan juga jgn cepat berfikir bahwa orang menyimpan kebencian thdp kamu.

~sahabatmu~
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?