Tuesday, July 25, 2006

 

MUDA


aku suka pada beauty. tambah2 yang natural. coba lihat miss universe yang di pilih kemarin. miss puerto rico dalam usia muda nya .. cuma delapan belas tahun. syabas. dalam usia yang masih muda lagi natural beauty telah menjadi ilham dalam hidup aku. gemar dengan seni ... melukis, drama dan nyanyi. juga bersukan. semua ini harus di terokai oleh setiap insan sejak dari muda lagi.

mungkin kasih sayang dan sekitaran serta pergaulan yang mencorak dan merobah pendirian dan keinginan sesorang muda itu. yang muda itu cepat terpengaruh dengan gejala2 sosial. berbagai sudah kerajaan menganjurkan program untuk anak2 muda. namun .. penglibatan mereka dengan dadah merbahaya makin menular dikalangan mereka.

pagi ini kita di kejutkan dengan berita anak muda 21 tahun .. membunuh ibu nya sendiri. dia dalam pengaruh drug yang kuat syabu yang mengorbankan dirinya sendiri. dia anak ponakan sultan. orang kenamaan. orang berada.

ketagihan dadah memang membawa padah. yang kecewa bertambah kecewa. yang kick bagi mereka, berakhir dengan maut. namun masih ada manusia yang membuatnya .. mengedarnya .. dan yang konsumnya. selagi ada ketagihan ini, selagi itu lah azab sosial akan menimpa masyarakat dunia.

memang patut hukuman gantung sampai mati dikenakan kepada yang membuat dan mengedarnya.

Tuesday, July 18, 2006

 

CT D' PRINCESS

sekali lagi .. ketika dunia sudah reda dengan world cup nya, ketika discovery sudah pulang mendarat dari angkasa lepas, ketika israel bongkak membedil jiran2nya, ketika tsunami melanda jawa selatan .. siti nurhaliza dan datuk k buat news conference mengumumkan hari penikahan mereka 21 ogos ini.

ramai peminat siti menangis .. entah suka entah duka .. kerna siti akan menikah dengan lelaki dua puluh tahun lebih tua daripadanya. kata teman ku (juga peminat siti), "itu biasa saja bang, sudah jodoh dia."

pagi tadi aku terdengar di kantin .. sorang peminat siti dalam nada sedih berkata, "dia lebih sesuai dengan jejaka yang lebih muda .... blah.. blah.. blah." yang sorang lagi mencelah, "datuk k pun apa kurangnya? dia handsome juga sih ! dan trend sekarang kita lihat ramai gadis kita sukakan lelaki tua !"

dulu ... 3-4 tahun yang lalu pernah aku meramal kepada sorang teman aku .. bahawa siti yang cantik gebu berseri ini .. agak sukar mendapat lelaki yg secocok kepada mata peminatnya. aku terus meramal dia akan dapat lelaki yang tua dan pasti punyai title datuk2. samada datuk yang sudah beristeri atau datuk yang sudah tiada isteri. aku cuma buat ramalan memandangkan status siti yg sudah kaya raya. dan tak ada teruna yang sekaya siti. dan berapa kerat saja hartawan muda di malaysia nih. dan tak ada teruna kaya boleh memikatnya selain dari hartawan yang lebih terlanjur usia.

ramalan seterusnya tak mau lagi aku buat. cuma terserah saja pada tuhan akan keberkekalan mereka berdua. mereka sudah merancang hanya DIA saja yang akan menentukan segalanya.

'pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempat ku .... aaahh' - siti nurhaliza

Wednesday, July 05, 2006

 

CT 22


tika planet ini sibuk dengan world cup germany '06 .. tika program bullet train 90 minit dari kl ke singapore dicadangkan .. tika mawi di kutuk spicy lady .. tika shuttle discovery dilancar lagi ke angkasa .. tika itu aku di kejutkan dengan berita yang lebih hangat.

"betul ke bang?" tanya isteri aku.

"apa itu, yang?"

"ayang dapat anonymous call .. suara lelaki. dia bilang ... saya kesian tengok kakak nih. dah lama saya nak bagitau kakak kerna terlalu kesian kat kakak. tolong tengok2lah abang tuh kemana dia pergi bila dia keluar rumah. dah lama dah dia dok buat lagu ni. cuba kakak intip dia satu hari."

"last week ... setelah abang keluar, ayang sempat ikut abang dengan vios hitam kita. sungguh tak di sangka bang. rupa2nya abang keluar tak main golf tapi ke rumah cewek lain. setengah jam kemudian, ayang ketuk pintu rumah cewek tuh. nyata abang bersekedudukan sama cewek itu. bila ayang tanya nama pompuan tu .. dia bilang ... siti .. dan kau siapa?."

"aku siti isteri kepada lelaki itu ... kau tanya sama dia." sambil ayang menunjuk kearah abang.

"betul ke bang ... betul ke abang sudah beristeri satu lagiii??"

"kah .. kah .. kah .. kah." ketawa besar kami bila mendengar cerita tadi. rupa2nya isteri aku bermimpi semalam. begitu real sekali bila dia ceritakan kepada aku. buat aku suspense lagi.

isteri mana yang tak sayangkan suami. sampai termimpi2 bila suami selalu keluar rumah. tapi yang lucu nya yang satu lagi pun nama siti. kedua-dua nya siti ... iya CT 2 2.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?