Tuesday, June 27, 2006

 

SUDAH TERANTUK BARU TENGADAH

alarm pagi berbunyi dengan lagu KRU 'babe'. aku sudah terjaga. tapi dalam kepala otak ku aku masih mau kasi alasan kenapa harus aku tidur lagi.

memang aku masih terasa letih tiap pagi isnin. blues lagi. tapi kali nih aku terasa sakit2 kepala aku. bukan pening2 tapi sakit2. baru aku teringat yang kepala aku luka sedikit akibat terantuk besi pada bumbung buggy kelmarin. tiga hari turut2 aku bermain. hari kedua basah lencun main dalam hujan sampai habis. performance ... sudah tentu tercorot. kelmarin ahad 27 lubang ada caddy gatal lagi. habis masa aku di padang golf begitu saja.

jadi pagi nih aku decide lebih baik aku ambil cuti rehat sama isteri aku. aku terus lena tak mau bangun. cuma bangun bila isteri gerak untuk solat subuh... "bangun bang, subuh dah lewat nih. abang tak kerja hari ni?" sambil dia goncang2 bahu aku. "abang cuti hari nih. abang mau teman yang hari nih beli barang dapur." aku bersuara.

baru hari ini aku terasa bersama isteri sepanjang hari. anak2 ke sekolah. aku temani dia ke carrefore beli ration untuk sebulan. temani dia masak di dapur, di sofa menonton program tv kegemaran nya. sampai ke malam. hingga berakhir dengan adegan tiga puluh minit after midnight.

aku sedar aku perlu berihat bagini.

Thursday, June 15, 2006

 

TEPI PANTAI

dulu2 pernah juga aku impikan buat sebuah rumah di tepi pantai. pasti nyaman sekali kan dengan desiran ombak di pantai. angin laut menghembus halus di telinga.

aaaahhhhhhhhhh .... enak kan?

tapi sekarang walaupun aku tinggal di tengah2 kesibukan kota, aku masih rindukan pantai. weekend lalu ketika aku makan tengahari sama famili, aku terdengar bunyi desiran ombak ke pantai. "syeruuuu ..... syeruuuu ..... syeruuuu ..... syeruuuu."

"dari mana datang bunyi ombak itu, yang?" tanya aku pada istri aku.

dia cuma tersenyum dan menjeling matanya ke arah dapur. "tuh ha ..."

waduhhh ... rupa2nya bunyi ombak itu datang dari washing mesin yang baru kami beli tuh. terasa rumah aku nih seperti berada di tepi pantai. bikin aku lebih berselera lagi makan tengahari tuh sebelum aku ke padang golf. syukur juga ya .... kalau dulu cuma angan2 mau tinggal di tepi pantai, kini terobat juga lah ... walaupun terdengar bunyi2an ombaknya saja dari washing mesin 'fizzy' nih.

Tuesday, June 06, 2006

 

BERTEMU SELEPAS 30

hari ini 666 .. satu tarikh yg aku mau mengingati sesuatu. walaupun itu mengingati aku pada nombor the omen, tapi bukan itu yang mau aku ceritakan. jadi aku harus tulis sesuatu di sini.

mengimbas kembali pertemuan aku sama teman2 sekolah yang tak pernah kami ketemu selama tigapuluh tahun. minggu lalu semasa aku dalam perjalanan ke ibu kota, dave fon aku katanya dia dapat nombor aku dari kamal. memang benar kamal punyai nombor fon aku. kami masih berhubung melalu email dan sudah lama juga kami tak jumpa. "yeah ... i am now on the guthrie highway to shah alam." dave, kawan berbangsa india, sungguh happy mendengar suara aku. dia bilang dia mau jumpa aku petang itu. jadi aku suggest jumpa di coffee bar di hotel aku menginap saja.

waduhh ... sungguh tak di sangka. pertemuan kami tak dirancang. kami bertiga bertemu. masing2 sudah berubah sedikit. dave dengan kepala yang kurang rambut dan sudah memeluk agama islam dan berkahwin dengan gadis melayu. kamal tak banyak berubah .. masih macho. aku bagi dave berubah sedikit kerna ada misai. kami bersembang. dan kami suggest untuk panggil sam yang menetap di sini untuk join sekali.

terus kamal fon sam. sam sudah jadi businessman terkemuka di sini. dia dengan real estatenya dan mega project di sini dan abroad. aku tak fikir dia boleh join. tapi dengan tak di sangka sam datang 2 jam kemudian. dia masih bergaya. rambutnya masih ala the beatles macam dulu-dulu. kami berborak bising dengan ketawa terbahak2, dengan cerita dulu2 kala masa sekolah sehingga lah topic2 semasa. di coffee bar masih belum ada orang. cuma kami berempat.

kami bersembang. lepas satu topic ke satu topic. politicians, businessmen, women, money, prostitutes, more politicians, more women, more money, more businessmen, more women, more prostitutes, then came the old flames, girlfriends, weddings, children, education etc etc etc ... and the best of all, stories by sam on politicians, women and money. until suddenly ....

"daddy ... kami nak keluar makan nih." terdengar suara nani di belakang aku.

baru tersadar kami sudah lewat jam delapan. sudah empat jam kami berborak. anak aku lebih suka keluar makan di lake garden. jadi dengan sapaan anak perempuan aku tadi kami mula bersurai. sempat mereka aku perkenalkan kepada famili aku. nani bersalaman dan mencium tangan uncle2 baru nya.

"uncle2 tuh masih handsome dan bergaya ya daddy?" kata nani kepada aku. "tapi .. daddy lebih macho." siapa lagi mau di puji, kalau bukan ayahnya .......

This page is powered by Blogger. Isn't yours?