Tuesday, June 06, 2006

 

BERTEMU SELEPAS 30

hari ini 666 .. satu tarikh yg aku mau mengingati sesuatu. walaupun itu mengingati aku pada nombor the omen, tapi bukan itu yang mau aku ceritakan. jadi aku harus tulis sesuatu di sini.

mengimbas kembali pertemuan aku sama teman2 sekolah yang tak pernah kami ketemu selama tigapuluh tahun. minggu lalu semasa aku dalam perjalanan ke ibu kota, dave fon aku katanya dia dapat nombor aku dari kamal. memang benar kamal punyai nombor fon aku. kami masih berhubung melalu email dan sudah lama juga kami tak jumpa. "yeah ... i am now on the guthrie highway to shah alam." dave, kawan berbangsa india, sungguh happy mendengar suara aku. dia bilang dia mau jumpa aku petang itu. jadi aku suggest jumpa di coffee bar di hotel aku menginap saja.

waduhh ... sungguh tak di sangka. pertemuan kami tak dirancang. kami bertiga bertemu. masing2 sudah berubah sedikit. dave dengan kepala yang kurang rambut dan sudah memeluk agama islam dan berkahwin dengan gadis melayu. kamal tak banyak berubah .. masih macho. aku bagi dave berubah sedikit kerna ada misai. kami bersembang. dan kami suggest untuk panggil sam yang menetap di sini untuk join sekali.

terus kamal fon sam. sam sudah jadi businessman terkemuka di sini. dia dengan real estatenya dan mega project di sini dan abroad. aku tak fikir dia boleh join. tapi dengan tak di sangka sam datang 2 jam kemudian. dia masih bergaya. rambutnya masih ala the beatles macam dulu-dulu. kami berborak bising dengan ketawa terbahak2, dengan cerita dulu2 kala masa sekolah sehingga lah topic2 semasa. di coffee bar masih belum ada orang. cuma kami berempat.

kami bersembang. lepas satu topic ke satu topic. politicians, businessmen, women, money, prostitutes, more politicians, more women, more money, more businessmen, more women, more prostitutes, then came the old flames, girlfriends, weddings, children, education etc etc etc ... and the best of all, stories by sam on politicians, women and money. until suddenly ....

"daddy ... kami nak keluar makan nih." terdengar suara nani di belakang aku.

baru tersadar kami sudah lewat jam delapan. sudah empat jam kami berborak. anak aku lebih suka keluar makan di lake garden. jadi dengan sapaan anak perempuan aku tadi kami mula bersurai. sempat mereka aku perkenalkan kepada famili aku. nani bersalaman dan mencium tangan uncle2 baru nya.

"uncle2 tuh masih handsome dan bergaya ya daddy?" kata nani kepada aku. "tapi .. daddy lebih macho." siapa lagi mau di puji, kalau bukan ayahnya .......

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?