ini yang kita tunggu2 .. sebuah jet penumpang yang 'senyap' seperti washing machine .. yang akan terbang cara commercialnya dalam tempoh 23 tahun lagi.
yukkk ... kita bisa tunggu kamu dech! *mungkin AirAsia akan memilikinya ... jadi sama2 kita boleh terbang dgn tambang murah* ... hihhhi
Dalam bulan puasa nih, aktiviti 'biasa' agak berkurangan. maklum saja ... puasa kan? letih lah. nanti tak sadar sahur lah. berbagai lagi alasan yah!
tapi semalam .. aku dipukul isteri. ketika aku nyenyak tidur lagi! di karate nya aku di sebelah rusuk kanan. astaga !! sakitt sekali .. aku tersadar dan trus menghalang lengan yang memukul aku. rupa2nya isteri aku mengigau. katanya, mimpinya buruk sekali, dia diganggu penjahat. jadi, dia meronta dan memukul2 penjahat2 tadi. yang jadi mangsa realitas nya ... aku.
ini kali kedua aku di belasah. dulu di sikunya mulut aku. kali ini dikarate pula. aku tak apa2. tapi lengan isteri aku agak lebam sedikit. aku ingat dia marahkan aku kerna tak berbuka puasa bersama ... maklum saja kan, hari cuti .. aku asyik main golf lagi sama teman2 dan berbuka puasa bersama mereka.
lepas itu, kami tak boleh tidur. sama2 ketawa2 kecil ... lucu dengan peristiwa itu. buat obat tidurnya? sama2 say 'yes' untuk adegan 30 minit. baru nyaman tidurrrrr.
p/s: berhati2 ya ... jangan simpan senjata2 tajam atau penukul besi berdekatan katil. merbahaya lho.
Malam ke15 di masjid jameq taman ku. selesai solat tarawih kelihatan regular faces terus berdiri mau mulakan tadarus. sungguh rancak mereka memulakan. tapi aku tak ikut. dalam hati teringin juga nak ikut. teringat aku masa muda2 dulu aku kerap ikut majlis2 begini. tapi aku terus pulang.
dalam langkah2 pulang ke rumah. aku teringatkan mati. tika jantung kan stop berdenyut. kerna sebahagian jantungku pernah stop dulu. pedih perit iya memang sakit sekali. sakit ya kalau mau mati. tuhan saja yang tahu. dia masih mau aku lihat dunia ini lagi. dia mau aku terus hidup. kerna aku pernah rancang untuk hidup sampai 95. steady dan tak nyanyok dan happy lagi.
bibir delima selalu marah2kan aku kalau aku ceritakan tentang aku mau mati. dia tak mau dengar walaupun sepatah tentang ungkapan itu. dia akan tutup telinganya seolah2 benci benar dengan cerita2 karut itu. tapi aku suka bercakap tentang mati. kerna kita akan tetap mati. cuma tuhan saja yang akan menentukan bila, bagaimana, dimana.
dan akan berakhirlah blog ini kalau aku sudah pergi.
Malam ini malam ke13 orang bertarawih. aku cuma terdaya 8 rakaat saja. hidung aku lagi meleleh hingusnya. aku selsema konon berjangkit dari isteri aku. aku terpaksa berhenti kerna tak mau ganggu ketenteraman masjid dengan bersen aku sesekali berlalu.
teman2 aku senyum lihat aku keluar. selalunya aku akan selesai sampai ke solat witir. tapi bukan malam ini. aku terus turun ke parking lot depan masjid.
ketika berjalan ke vios isteri aku, aku perhati ada sorang hamba allah cuba menghala auto-key nya kearah kereta isteri aku itu. dia menekan butangnya, "ceeutt ... ceuutt", tapi kereta vios hitam lain yang berbunyi dan menyala signalnya. kereta vios itu berada di petak parking selang dua buah dibelakang vios isteri aku. aku sudah agak dah... pasti hamba allah nih tersalah kereta. belum puas hati, dia tekan butangnya lagi. "ceuutt .. ceuutt" kereta lain yang respon (sudah pasti kereta dia yang respon). tapi dia tak sedar. masih tak sedar yang itu bukan keretanya. dia masih mamun. masih fikirkan auto-keynya pasti rosak.
bila melihat aku sedang menghampirinya, dia terus berjalan semula ketangga masjid. aku tak sempat menyapa dia. dia sudah pergi cuma berdiri mamun ditangga masjid. aku pun tekan butang kunci. "ceuutt .. ceuutt" vios isteri aku menyala. aku buka pintunya. aku masuk, start kereta dan terus pulang.
tapi dari jauh aku dapat lihat hamba allah tadi sudah mula berjalan menuju ke kereta vios nya. kali ini dia tak mamun lagi. pasti dia terasa malu tadi dan bagi aku, aku terasa lucu. terus aku ceritakan kepada isteri aku. dia pun ketawa lucu.
p/s: kalau parking kereta janganlah ditempat gelap. kalau mamun tak usah malu2 membetulkan kealpaannya.
Kemarin kisah pemuda lembam mencari 'insp. aleza'. bayangkan yang lembam lagi hilang dari rumah masih inginkan yang terindah. tambah lagi yang waras dan berkemampuan.
dulu waktu kecil aku tak berpeluang seperti anak2 aku. mereka dilahirkan bertuah kerna bisa mendapat apa yang mereka mau. mau yang itu dikasi. mau yang ini dibeli. mau yang terindah dihadiahkan. mau yang diidam didapatkan. berbeda sekali tika aku yang dibesarkan dengan serba ketiadaan.
iri hati aku melihat mereka. tapi aku turuti kehendak mereka kerna aku tak mau mereka merasai seperti apa aku rasakan dulu. biar mereka menikmati apa yang aku tak pernah menikmati dulu. asalkan mereka puas. tapi tau batas2nya. bila cukup dewasa kelak mereka akan tau menilai kesemua ini ... apa itu intan, apa itu kaca. apa itu kasih, apa itu sayang.
Hampir setiap hari aku terbaca berita kes rogol. bapa rogol anak sendiri sudah selama 4 tahun sampai hamil. adik pompuan di rogol abang sendiri dan kawan abang. dan terbaru, murid pompuan 13 tahun di rogol setelah menumpang motor lelaki tak di kenali di ladang getah. entah kenapa ya? .. mulanya rela, mungkin kerna dipaksa kemudian mengadu kerna malu.
dan tak kurang juga aku terbaca berita binatang yang terpaksa bermastautin di kota. berlumba mereka untuk survive bersama manusia. survival mereka seharusnya di hutan. oleh kerna hutan terhad sekarang, mereka terperangkap ditengah2 kota. tapi kota bukan tempat mereka.
ular sawa cari mangsanya seekor kambing betina yang bunting lagi. survivalnya terhad dikota. klo di hutan dia sudah boleh hybernate sekurang2nya 2 minggu.
kuda rebah terus mati selepas berlumba 1,100 meter. mungkin kerna pemakanan modern yang melemahkan jantung aslinya
kerbau mati terkena arus elektrik di tengah kota. klo kerjanya di sawah kenapa dia berkeliaran di kota.
golf joke: perbedaan jantung pisang dengan jantung manusia .... pisang jantungnya di bawah buahnya di atas, manakala manusia jantungnya di atas pisangnya di bawah.
Siap saja di pasang, nani terus mau mencubanya. kalau dulu berebut2 guna tandas di atas. sehari dua nih mereka sudah rasa lebih selesa 'melepas' di tandas bawah. maklum saja seat-cover yang sudah pecah sekarang diganti dengan cover yang baru. bukan saja baru malah bercorak lagi. ada siput2 dan tapak sulaiman lagi.
walaupun tak ada warranty, dengan harganya empat kali ganda, seat-cover ini tak mungkin pecah lagi. kerna bila duduk punggung terasa empuk sekali. huuuuhhh!
pertama: aku masih teringin mengaitkan insiden 'marketing' oleh multimilllionaire porno producer di auckland baru2 ini. dengan iklan sepanjang jalan 'boobs on bikes'. ia pamerkan 25 porno stars separuh bogel di jalanraya auckland yang membuat datuk bandarnya malu dan mau undang2 bandaraya di kaji semula. sementara ceweks porno new zealand tak segan silu bebas mendedahkan 'boobs' mereka berarak di sepanjang jalan kota auckland.
kedua: mawi, pemenang AF3 yang sudah popular dan kaya raya (dalam tempoh tersingkat), juga inginkan kebebasan. dan dia sudah putuskan pertunangannya dengan ina. pemberita dan peminat ingin tau cerita dan perasaan mawi dan ina dengan lebih mendalam. malah kepopularan ina (yang dulu orang tau cuma tunang mawi) menonjol dengan sekelip mata. dia menulis buku kisah dia dan mawi. dia pun mau jadi penyanyi dan model. semalam mereka di pertemukan dalam reality tv show malaysia, untuk berbaik 'sebagai teman artis yang biasa' *kata mawi*.
ketiga: datuk k pun sudah bebas kerna sudah menceraikan isterinya. dan menikahi siti. siti pun juga bebas memilih pasangan hidupnya, mau pun seorang duda dua puluh tahun lebih tua. semalam mereka bersanding begitu grand sekali dan di telecast live di tv3. (tapi isteri aku lebih suka nonton siri kegemarannya 'ikaw ang lahat sa akin' dari menonton live telecast siti/datuk k dan mawi/ina ... itu juga kebebasannya untuk menonton).
golf joke: perbedaan diantara seluar sukan dan seluar dalam ... seluar sukan dipakai bila kita mau main, manakala seluar dalam dibuka bila kita mau main.
Aku sangat benci bila kena sign borang kosong. tapi, apa boleh buat semuanya mau dibereskan dengan cepat. terpaksa sign juga.
kemarin ponakan favorite aku di kl minta aku jadi guarantor lagi. so aku pergi ke bank untuk memberi butir2 yg mereka perlukan. tapi yang buat aku kurang senang tuh bila kena sign borang kosong (particulars nya belum di isi). "insyaallah bang, kami akan proses dengan betul dan tak akan jadi benda2 begitu." jawab orang bank yang mengurus di situ tuk cuba menenang aku. aku memang kurang senang bila sign begitu, kerna sudah pernah berlaku ... sign dokumen kosong akhirnya menjadi penghutang atau guarantor kpd entah siapa .. akhirnya kau di isytihar muflis. dan sudah banyak kita dengar dan baca berita seperti ini. tapi kita tak serik2 dok buat juga kerja yang sama.
teringat aku pada teman aku yang minta isterinya sign atas kertas kosong untuk membolehkan dia pungut supplementary credit card untuk isterinya itu. tapi lain yang berlaku. tandatangan isterinya itu diambil untuk membolehkan dia kawin satu lagi. hihhi ...
p/s:ada mata lihat .. ada telinga dengar .. ada akal fikir
Banyak2 beca roda tiga atau trishaw yang praktikal sekali ialah beca yang pengayuhnya dibelakang dan penumpangnya didepan. kenapa praktikal? kerana aroma hangit pengayuhnya yang basah dengan keringat tak terbau oleh penumpang bila berjalan. malah panorama sekitar kota dengan angin sepoi bahasa boleh dikecapi penumpang first-hand.
teringat aku masa sekolah dulu, kerap juga aku dapat khidmat pak beca nih. dan pernah juga satu hari, kami dihimpit lori dekat satu selekoh terus terhumban aku ke dalam parit. tapi syukur kami tak apa2. anak2 aku juga pernah merasai betapa seronoknya menaiki beca. malah kami anak beranak suka nyanyikan lagu abang beca .... "puutarrr-putarr-putarr-putarr kaki mengayuh ..."
tapi sekarang sudah berkurangan becanya di kota. kerna khidmat pengangkutan yang lebih selesa sudah mengatasinya. cuma sesekali saja kelihatan rombongan pelancung asing mengguna khidmat beca nih. lain harinya aku lihat abang beca rehat tidur terlentang di atas becanya.
dekat dengan ofis aku ada abang beca tua yang selalu tidur atas becanya. sudah dua minggu aku tak nampak dia dengan becanya. dalam hati aku mungkin dia sudah temui ajalnya kerna dia sudah tua sangat dan da'if lagi becanya. kadang2 aku hulur juga seringgit dua buat dia bila dia menyapa aku tika aku melintasinya disitu.
hari ini, sedang aku memikir2kannya, tika aku melintas jalan, terdengar suara dari jauh. "halo bang !"
aku tuleh ke arah suara tadi. rupa2nya abang beca tua itu masih ada. masih hidup dia. dengan tabik hormatnya diberi kepada aku dari jauh. aku balas tabik hormatnya. "panjang umur orang tua nih." aku senyum memikir.
ramai percaya pada luck. termasuk aku (tapi tak begitu taksub). batu delima dan batu jade bisa bawa luck*hmmmm, memikir*.
jadi, aku beli dan bawa pulang batu jade dari beijing tiga bulan lalu. baru kemarin cincinnya siap yang aku tempah minggu lalu. buat aku ... ok lah cincin berbatu jade tuh.
ini apa yang berlaku pada aku:
kemarin ... ketika mau mengambil cincin tuh, aku park kereta tanpa masukkan duit syiling ke parking meter. alasan: tak ada duit syiling langsung pada aku. bukan nya 'kedekut'. bukannya tak mampu sangat nak slot 30 sen ato 50 sen tuh .. tapi dah betul2 tak ada duit syiling. bila selesai mengambil cincin, aku terus pakai di jari kanan aku. pulang ke kereta, aku lihat surat saman parking 50 ringgit terselit di wiper depan.
kemarin ... main golf sebelah petang di kelab kawan. biasanya bayar fee 25 ringgit, tapi kemarin kena bayar sampai 100 ringgit.
kemarin ... kalah main golf dengan teman yang selalu tak pernah menang dengan aku.
hari ini ... ada saleslady jual parfume (yang aku tak perlu), tapi aku beli juga dengan harga 200 ringgit *karena tergoda mungkin*.
hari ini ... terima call dari ponakan minta pinjam 5 ribu ringgit. aku kena beri juga karena ponakan favorite.
so .. mana luck nya?
p/s: mau percaya tidak? mau percaya tidak? mau percaya tidak?