Monday, August 14, 2006
BECA RODA TIGA
Banyak2 beca roda tiga atau trishaw yang praktikal sekali ialah beca yang pengayuhnya dibelakang dan penumpangnya didepan. kenapa praktikal? kerana aroma hangit pengayuhnya yang basah dengan keringat tak terbau oleh penumpang bila berjalan. malah panorama sekitar kota dengan angin sepoi bahasa boleh dikecapi penumpang first-hand.
teringat aku masa sekolah dulu, kerap juga aku dapat khidmat pak beca nih. dan pernah juga satu hari, kami dihimpit lori dekat satu selekoh terus terhumban aku ke dalam parit. tapi syukur kami tak apa2. anak2 aku juga pernah merasai betapa seronoknya menaiki beca. malah kami anak beranak suka nyanyikan lagu abang beca .... "puutarrr-putarr-putarr-putarr kaki mengayuh ..."
tapi sekarang sudah berkurangan becanya di kota. kerna khidmat pengangkutan yang lebih selesa sudah mengatasinya. cuma sesekali saja kelihatan rombongan pelancung asing mengguna khidmat beca nih. lain harinya aku lihat abang beca rehat tidur terlentang di atas becanya.
dekat dengan ofis aku ada abang beca tua yang selalu tidur atas becanya. sudah dua minggu aku tak nampak dia dengan becanya. dalam hati aku mungkin dia sudah temui ajalnya kerna dia sudah tua sangat dan da'if lagi becanya. kadang2 aku hulur juga seringgit dua buat dia bila dia menyapa aku tika aku melintasinya disitu.
hari ini, sedang aku memikir2kannya, tika aku melintas jalan, terdengar suara dari jauh. "halo bang !"
aku tuleh ke arah suara tadi. rupa2nya abang beca tua itu masih ada. masih hidup dia. dengan tabik hormatnya diberi kepada aku dari jauh. aku balas tabik hormatnya. "panjang umur orang tua nih." aku senyum memikir.