Tuesday, August 29, 2006

 

WANG vs KEBEBASAN

Benarkah wang dapat membeli kebebasan?


pertama: aku masih teringin mengaitkan insiden 'marketing' oleh multimilllionaire porno producer di auckland baru2 ini. dengan iklan sepanjang jalan 'boobs on bikes'. ia pamerkan 25 porno stars separuh bogel di jalanraya auckland yang membuat datuk bandarnya malu dan mau undang2 bandaraya di kaji semula. sementara ceweks porno new zealand tak segan silu bebas mendedahkan 'boobs' mereka berarak di sepanjang jalan kota auckland.

kedua: mawi, pemenang AF3 yang sudah popular dan kaya raya (dalam tempoh tersingkat), juga inginkan kebebasan. dan dia sudah putuskan pertunangannya dengan ina. pemberita dan peminat ingin tau cerita dan perasaan mawi dan ina dengan lebih mendalam. malah kepopularan ina (yang dulu orang tau cuma tunang mawi) menonjol dengan sekelip mata. dia menulis buku kisah dia dan mawi. dia pun mau jadi penyanyi dan model. semalam mereka di pertemukan dalam reality tv show malaysia, untuk berbaik 'sebagai teman artis yang biasa' *kata mawi*.

ketiga: datuk k pun sudah bebas kerna sudah menceraikan isterinya. dan menikahi siti. siti pun juga bebas memilih pasangan hidupnya, mau pun seorang duda dua puluh tahun lebih tua. semalam mereka bersanding begitu grand sekali dan di telecast live di tv3. (tapi isteri aku lebih suka nonton siri kegemarannya 'ikaw ang lahat sa akin' dari menonton live telecast siti/datuk k dan mawi/ina ... itu juga kebebasannya untuk menonton).


golf joke: perbedaan diantara seluar sukan dan seluar dalam ... seluar sukan dipakai bila kita mau main, manakala seluar dalam dibuka bila kita mau main.

Thursday, August 24, 2006

 

TAK MAU 'SIGN'

Aku sangat benci bila kena sign borang kosong. tapi, apa boleh buat semuanya mau dibereskan dengan cepat. terpaksa sign juga.

kemarin ponakan favorite aku di kl minta aku jadi guarantor lagi. so aku pergi ke bank untuk memberi butir2 yg mereka perlukan. tapi yang buat aku kurang senang tuh bila kena sign borang kosong (particulars nya belum di isi). "insyaallah bang, kami akan proses dengan betul dan tak akan jadi benda2 begitu." jawab orang bank yang mengurus di situ tuk cuba menenang aku. aku memang kurang senang bila sign begitu, kerna sudah pernah berlaku ... sign dokumen kosong akhirnya menjadi penghutang atau guarantor kpd entah siapa .. akhirnya kau di isytihar muflis. dan sudah banyak kita dengar dan baca berita seperti ini. tapi kita tak serik2 dok buat juga kerja yang sama.

teringat aku pada teman aku yang minta isterinya sign atas kertas kosong untuk membolehkan dia pungut supplementary credit card untuk isterinya itu. tapi lain yang berlaku. tandatangan isterinya itu diambil untuk membolehkan dia kawin satu lagi. hihhi ...

p/s: ada mata lihat .. ada telinga dengar .. ada akal fikir

Monday, August 14, 2006

 

BECA RODA TIGA


Banyak2 beca roda tiga atau trishaw yang praktikal sekali ialah beca yang pengayuhnya dibelakang dan penumpangnya didepan. kenapa praktikal? kerana aroma hangit pengayuhnya yang basah dengan keringat tak terbau oleh penumpang bila berjalan. malah panorama sekitar kota dengan angin sepoi bahasa boleh dikecapi penumpang first-hand.

teringat aku masa sekolah dulu, kerap juga aku dapat khidmat pak beca nih. dan pernah juga satu hari, kami dihimpit lori dekat satu selekoh terus terhumban aku ke dalam parit. tapi syukur kami tak apa2. anak2 aku juga pernah merasai betapa seronoknya menaiki beca. malah kami anak beranak suka nyanyikan lagu abang beca .... "puutarrr-putarr-putarr-putarr kaki mengayuh ..."

tapi sekarang sudah berkurangan becanya di kota. kerna khidmat pengangkutan yang lebih selesa sudah mengatasinya. cuma sesekali saja kelihatan rombongan pelancung asing mengguna khidmat beca nih. lain harinya aku lihat abang beca rehat tidur terlentang di atas becanya.

dekat dengan ofis aku ada abang beca tua yang selalu tidur atas becanya. sudah dua minggu aku tak nampak dia dengan becanya. dalam hati aku mungkin dia sudah temui ajalnya kerna dia sudah tua sangat dan da'if lagi becanya. kadang2 aku hulur juga seringgit dua buat dia bila dia menyapa aku tika aku melintasinya disitu.

hari ini, sedang aku memikir2kannya, tika aku melintas jalan, terdengar suara dari jauh. "halo bang !"

aku tuleh ke arah suara tadi. rupa2nya abang beca tua itu masih ada. masih hidup dia. dengan tabik hormatnya diberi kepada aku dari jauh. aku balas tabik hormatnya. "panjang umur orang tua nih." aku senyum memikir.

Wednesday, August 09, 2006

 

AKU MAU SATU SIH


just can't wait to get one and jump on this floating bed
created by a young dutch architect janjaap ruijssenaars
price tag: 1.2 million euros ??

Monday, August 07, 2006

 

PERCAYA PADA LUCK ?


ramai percaya pada luck. termasuk aku (tapi tak begitu taksub). batu delima dan batu jade bisa bawa luck *hmmmm, memikir*.

jadi, aku beli dan bawa pulang batu jade dari beijing tiga bulan lalu. baru kemarin cincinnya siap yang aku tempah minggu lalu. buat aku ... ok lah cincin berbatu jade tuh.

ini apa yang berlaku pada aku:

so .. mana luck nya?

p/s: mau percaya tidak? mau percaya tidak? mau percaya tidak?


This page is powered by Blogger. Isn't yours?