Wednesday, May 17, 2006
BENTUK2 ANEH

kemarin, waktu aku pulang ke rumah hampir2 senja, aku lihat di ufuk barat matahari hampir terbenam. sambil merenung melihat permandangan itu, aku ternampak bentuk2 awan menyerupai tubuh tiga manusia. satu lelaki dua perempuan. aneh sekali bentuk2 awan itu. belum sempat aku mengambil foto, awan2 itu sudah berupa formasi nya.
lelaki itu di tengah2. manakala tangan kanannya terhulur jauh kepada perempuan disebelah kiri yang aku lihat lebih perawan dan menggoda daripada perempuan di sebelah kanan. perawan muda seolah2 menyentuh tangan kanan lelaki itu dengan kedua belah tangan nya seakan2 merelakan lelaki itu pergi. reaksi lelaki itu pula seolah2 ditarik jauh oleh perempuan yang disebelah kiri (seperti isteri garang mengheret suami pulang).
waduhhh .... sungguh simbolik sekali awan2 itu bersandiwara di hadapan aku. tersenyum aku di buat nya. kerna mengingatkan aku aksi teman aku dulu ketika dia diheret isterinya pulang bila isterinya tahu yang dia berselingkuh.
Monday, May 08, 2006
SAMPAI JUGA AKHIRNYA
pemergian aku ke sana tidak di duga sama sekali. lawatan aku ke dalian kerna tugas. oleh kerana terlewat check-in aku terpaksa detour ke beijing sebelum ke dalian. jadi bertuah rasanya aku dapat ke beijing lihat2 the forbidden city dan the great wall of china. guide aku bangsa cina mongolia, kecil molek putih wangi cewetnya, pipi merah menyala (kalau compare kulit aku dengan dia ... aku gelap bangett).
great wall dari camera phone aku
walaupun aku tak tahan dengan bau hamis bawang putih orang2 disana, aku tetap enjoy trip ini.
cks memorial

dari atas memorial
taipei 101

taipei dari atas
di aras bawah taipei 101