Wednesday, October 11, 2006
ANOTHER MODE TO SAY 'YES'
Dalam bulan puasa nih, aktiviti 'biasa' agak berkurangan. maklum saja ... puasa kan? letih lah. nanti tak sadar sahur lah. berbagai lagi alasan yah!
tapi semalam .. aku dipukul isteri. ketika aku nyenyak tidur lagi! di karate nya aku di sebelah rusuk kanan. astaga !! sakitt sekali .. aku tersadar dan trus menghalang lengan yang memukul aku. rupa2nya isteri aku mengigau. katanya, mimpinya buruk sekali, dia diganggu penjahat. jadi, dia meronta dan memukul2 penjahat2 tadi. yang jadi mangsa realitas nya ... aku.
ini kali kedua aku di belasah. dulu di sikunya mulut aku. kali ini dikarate pula. aku tak apa2. tapi lengan isteri aku agak lebam sedikit. aku ingat dia marahkan aku kerna tak berbuka puasa bersama ... maklum saja kan, hari cuti .. aku asyik main golf lagi sama teman2 dan berbuka puasa bersama mereka.
tapi semalam .. aku dipukul isteri. ketika aku nyenyak tidur lagi! di karate nya aku di sebelah rusuk kanan. astaga !! sakitt sekali .. aku tersadar dan trus menghalang lengan yang memukul aku. rupa2nya isteri aku mengigau. katanya, mimpinya buruk sekali, dia diganggu penjahat. jadi, dia meronta dan memukul2 penjahat2 tadi. yang jadi mangsa realitas nya ... aku.
ini kali kedua aku di belasah. dulu di sikunya mulut aku. kali ini dikarate pula. aku tak apa2. tapi lengan isteri aku agak lebam sedikit. aku ingat dia marahkan aku kerna tak berbuka puasa bersama ... maklum saja kan, hari cuti .. aku asyik main golf lagi sama teman2 dan berbuka puasa bersama mereka.
lepas itu, kami tak boleh tidur. sama2 ketawa2 kecil ... lucu dengan peristiwa itu. buat obat tidurnya? sama2 say 'yes' untuk adegan 30 minit. baru nyaman tidurrrrr.
p/s: berhati2 ya ... jangan simpan senjata2 tajam atau penukul besi berdekatan katil. merbahaya lho.
Saturday, October 07, 2006
TADARUS
Malam ke15 di masjid jameq taman ku. selesai solat tarawih kelihatan regular faces terus berdiri mau mulakan tadarus. sungguh rancak mereka memulakan. tapi aku tak ikut. dalam hati teringin juga nak ikut. teringat aku masa muda2 dulu aku kerap ikut majlis2 begini. tapi aku terus pulang.
dalam langkah2 pulang ke rumah. aku teringatkan mati. tika jantung kan stop berdenyut. kerna sebahagian jantungku pernah stop dulu. pedih perit iya memang sakit sekali. sakit ya kalau mau mati. tuhan saja yang tahu. dia masih mau aku lihat dunia ini lagi. dia mau aku terus hidup. kerna aku pernah rancang untuk hidup sampai 95. steady dan tak nyanyok dan happy lagi.
bibir delima selalu marah2kan aku kalau aku ceritakan tentang aku mau mati. dia tak mau dengar walaupun sepatah tentang ungkapan itu. dia akan tutup telinganya seolah2 benci benar dengan cerita2 karut itu. tapi aku suka bercakap tentang mati. kerna kita akan tetap mati. cuma tuhan saja yang akan menentukan bila, bagaimana, dimana.
dan akan berakhirlah blog ini kalau aku sudah pergi.
Thursday, October 05, 2006
MAMUN
Malam ini malam ke13 orang bertarawih. aku cuma terdaya 8 rakaat saja. hidung aku lagi meleleh hingusnya. aku selsema konon berjangkit dari isteri aku. aku terpaksa berhenti kerna tak mau ganggu ketenteraman masjid dengan bersen aku sesekali berlalu.
teman2 aku senyum lihat aku keluar. selalunya aku akan selesai sampai ke solat witir. tapi bukan malam ini. aku terus turun ke parking lot depan masjid.
ketika berjalan ke vios isteri aku, aku perhati ada sorang hamba allah cuba menghala auto-key nya kearah kereta isteri aku itu. dia menekan butangnya, "ceeutt ... ceuutt", tapi kereta vios hitam lain yang berbunyi dan menyala signalnya. kereta vios itu berada di petak parking selang dua buah dibelakang vios isteri aku. aku sudah agak dah... pasti hamba allah nih tersalah kereta. belum puas hati, dia tekan butangnya lagi. "ceuutt .. ceuutt" kereta lain yang respon (sudah pasti kereta dia yang respon). tapi dia tak sedar. masih tak sedar yang itu bukan keretanya. dia masih mamun. masih fikirkan auto-keynya pasti rosak.
bila melihat aku sedang menghampirinya, dia terus berjalan semula ketangga masjid. aku tak sempat menyapa dia. dia sudah pergi cuma berdiri mamun ditangga masjid. aku pun tekan butang kunci. "ceuutt .. ceuutt" vios isteri aku menyala. aku buka pintunya. aku masuk, start kereta dan terus pulang.
tapi dari jauh aku dapat lihat hamba allah tadi sudah mula berjalan menuju ke kereta vios nya. kali ini dia tak mamun lagi. pasti dia terasa malu tadi dan bagi aku, aku terasa lucu. terus aku ceritakan kepada isteri aku. dia pun ketawa lucu.
p/s: kalau parking kereta janganlah ditempat gelap. kalau mamun tak usah malu2 membetulkan kealpaannya.