Monday, January 16, 2006

 

PENAT BUKAN BOSAN BUKAN

iya.. pagi isnin. memang aku tak ada mood untuk buat kerja pagi ni. monday blues katakan. jadi coba2 isi ruang tulis blog.

kemarin masuk tiga hari turut2 main lubang delapan belas. tak tau penat atau bosan dengan permainan ini. tiga kali tiga jadi sembilan teman yang berlainan rentak dan perangai yang temani aku. aku pun masih suka menemani mereka. joke yang biasa di dengar masih berulang. teriakan seperti 'lulut lan chau' meaning 'lurus dan jauh', 'tong nam bang' meaning bola masuk air/kolam bang, 'ball in the young girl' meaning 'ball in the jungle', 'abang putt good', 'silap kamar pak', 'kurang hisapnya pak', 'kurang keras pak' ... semuanya seloka golfers di padang. selepas main minum di club dengan lain2 jokes dan kadang2 a little business and politic talks. pulang rumah mengadu kat istri suruh urut sengal2 dibadan. kemudian istri pula yang kena urut.

pagi ni dah mula buat plan bermain di seberang pada hari raya cina nih. bandung belum lagi berangkat sudah buat rancangan ke medan, bukit tinggi dan hua hin. begitulah golfers yang suka travel. yang kurang travel tu main di club tempatan saja dech. ada caddy ke tak ada caddy ke golfers tetap bermain tak kira panas ke hujan. tak penat2 dan tak bosan2.

This page is powered by Blogger. Isn't yours?