Tuesday, March 14, 2006

 

TERTIB MEMOTONG KUKU

sejak dulu lagi aku sudah dididik dengan adab terbaik bila mau memotong kuku. diajarnya aku dengan tertib waktu dan ketikanya bila memotong. sebaik2nya selepas mandi (logiknya: kuku akan menjadi lembut bila dibasahkan, jadi mudah memotong). bermula dengan bismillah dan mula dengan kuku jari manis sebelah kanan (itu dulu yang aku kira sudah tertib tuh). lebih baik dipotong pada hari2 isnin, khamis atau jumaat (hari2 sunat nabi) dan banyak bawa barakahnya. selepas dipotong sunat ditanam cebis2 kuku tuh (asalnya kita dari tanah kembalinya bahagian kita ke tanah jua).

sejak setahun dua kebelakangan ni anak aku dapat risalah yang lebih tertib (yang dipelajarinya mengikut sunnah nabi). mari kita lihat dan amalkan caranya:

bagi tangan: mulakan dengan kuku jari telunjuk kanan. kemudian dituruti kekanan dan berakhir dengan ibu jari kanan. kemudian diikuti dengan kuku jari kelingking kiri dan dituruti kekanan hingga berakhir dengan ibu jari kiri. (lihat gambar)

bagi kaki: mulakan dengan kuku jari kelingking kanan dan dituruti kekiri hingga berakhir dengan kuku jari kelingking kiri. (itu mudah ingat kan?) *lebih mudah bila dilihat gambar

kemudian hari2 yang lebih afdal memotong ialah pada hari2 berikut:
isnin - bertambah alim dan berilmu
khamis - beroleh kekayaan
jumaat - berilmu dan punyai sifat lemah lembut

hari2 lain kurang barakahnya malah membawa kepada perkara2 yang tidak enak didengar.

wallahu'alam.

Comments:
bunga: yang tertib lagi baik itu datangnya dari Allah. tanx kerna mampir dgn jelmaan diri kmu bukan dgn bunga lagi. itu satu pembaharuan dech.
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?