Tuesday, December 27, 2005

 

TREND SEKARANG

kelmarin adalah hari terakhir aku dapat undangan kenduri kawin. selepas golf disebelah pagi aku hadiri kenduri sebaya teman anak buah aku. dia sambut kedatangan aku dengan happy sekali.

sepanjang musim kenduri kali ini aku sudah lihat banyak perubahan dengan trend sekarang. terutama sekali di kawasan kampung dan taman2. kalau dibanding dengan zaman muda aku dulu tentu sudah banyak berubah. aku melihat trend sekarang sudah menjadi lumrah kepada mereka yang mengundang:
  1. mereka lebih berminat mendapatkan caterer daripada bergotong royong menyediakan hidangan. disamping menyedia hidangan khas untuk meja pengantin, caterer sekarang bukan saja sekadar menyediakan makanan malah ada juga yang supply khemah dan kerusi meja sekali gus. malah ada yang membekal terus peralatan audio, musik serta dj nya sekali.
  2. hidangan nasi hampir sama. kebanyakan nya nasi putih, nasi minyak, nasi tomato dan nasi beriani. dan kebanyakan caterer akan buat promosinya dengan memasang banner cateringnya sekali gus dengan kad2 business diatas meja.
  3. makanan sampingan juga disediakan. bihun, bihun sup, laksa, laksam, rojak, bubur kacang dan kueh2 manis dan kueh2 digoreng panas2 disitu. teh tarik sudah menjadi tambahan kepada air ais sirap manis.
  4. upacara bersanding masih lagi diadakan bagi mereka yang mau. pelamin dihias rapi, cantik bertatah daun emas, bunga manggar dan bunga telor. tapi bagi mereka yang menganggapnya sebagai satu adat hindu, sudah tidak mau mengadakan upacara itu lagi. cukup sekadar mengeksibitkan kedua mempelai dimeja makan pengantin.
  5. sebelum pulang tetamu akan diberi cenderahati samada bunga telur, potpuri, atau hiasan sabun. gula2 atau kek untuk kanak2. kekadang buku surah yasin kepada kaum bapak, sebagai tanda terima kasih atas kedatangan mereka memeriahkan majlis kenduri mereka.

yang pasti aku lihat yang belum berbedanya ialah:

  1. pakaian kedua mempelai sama color. biru vs. biru, purple vs. purple, yang kuning vs. kuning, hijau vs. hijau etc. etc.
  2. yang pengantin perempuan di make-up secantik2nya yang boleh. kadang2 yang cantik aslinya hilang sama sekali, yang tinggal tebal maskara dan putih bedaknya. seolah2 sudah ternampak pucatnya sebelum pergi honeymoon.
  3. profession mak andam diambil alih oleh lelaki2 lembut atau pondan.


Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?