Monday, December 19, 2005

 

KENAPA PERCAYA

kalau tiger woods pakai baju merah pada hari ahad dia percaya dia ada 'ong' atau luck pada hari itu kerana dia percaya cakap ibu nya. tapi ternyata dia memang sudah top dalam permainan itu.

kalau aku pakai baju merah dan main golf pada hari ahad, pasti akan rosak permainan aku. superstitious betul. percaya atau tidak, kemarin aku terkena lagi. permainan aku ternyata hambar sekali. bukan pada tahap par, malah teruk sekali permainan aku, sehinggakan teman2 tertawakan aku.

sudah empat kali aku pakai baju merah yang tertulis nama aku di sebelah dada kiri. empat kali berturut2 aku main teruk sekali. kalah dengan temen2 flight aku. aku yang tercorot sekali. tak puashati aku.

jadi superstitious lagi. aku tak mau dan tak akan pakai baju ini lagi bila main golf. dia tak bawa luck sama aku.

tapi ... adakah karena baju itu atau aku sendiri ? betul juga ya ? tadi malam minggu aku bergadang *maklum saja ... musim cuti sekolah, musim orang kawin, musim hujan ... sejuk lagi*.

isteri aku pun tersenyum bila aku salahkan baju merah tuh.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?