Monday, October 10, 2005
MO-RE & RESCUE
dulu masa kecil, tiba saja bulan puasa, aku dan dua tiga kawan ditugas kutip kueh mueh dalam talam dari rumah kerumah untuk buat 'mo-re' buka puasa di surau. berbuka puasa disurau sungguh seronok sekali. kerana berbagai juadah boleh di rasa (bayangkan saja lah kueh2 dari satu kampong dibuat juadah berbuka). dah tentu banyak pilihan.
sekarang dah tak ada lagi teradisi mengutip kueh nih. sekarang bebudak dah tak semacam dulu lagi. semuanya lebih bergiat 'dalam' rumah. malah mainan mereka pun lebih kepada komputer games. tak macam kami dulu2. kami lebih banyak main di luar rumah.
malam2 bulan puasa lagi seronok main di luar selepas terawih. tambah2 lagi bila dah dekat malam raya. yang aku gemar sekali masa itu ialah 'rescue'. biasanya mainan bebudak lelaki. yang pompuan yang tomboy2 tu kadang2 main sama. mainan nya simple. macam 'hide and seek'. tapi kawasan sembunyi tak terhad. malam dan gelap pula. yang ramai sembunyi dan sorang yang 'kena' harus mencari kesemuanya. teknik mengecam dan 'menangkap' juga menarik. tapi yang menarik sekali bila ada 'hero' yang datang 'rescue' dengan menyepak tin keluar gelanggang... itu menandakan kesemua yang di'tangkap' sudah di'rescue'.
banyak lagi kalau nak di ceritakan. tunggu saja di lain episod.