Thursday, August 11, 2005

 

TAK NAK LAH .... PART 3

waduuuuhhhh... cerita tentang contact bathin. ramai yang percaya atau tidak.

sarapan pagi di kantin tadi, aku ketawa besar bila dengar contact bathin isteri teman ku. mereka sudah lebih dua puluh tahun menikah. punyai 5 anak. sudah besar2 dan yang sulung nya, perempuan sudah pun kawin. tapi teman ku ini ada juga hati nak kawin satu lagi. dia pernah cerita pada aku.

dia ada 2 buah rumah, satu di pulau (yang sekarang dia tinggal bersama isteri dan anak2nya) dan satu lagi (dirahsiakan dari isterinya) kurang lebih 60 kilometer dari kota. niat asal mau tempatkan isteri kedua di sana. dan aku dapat tau yang dia sekarang berjinak2 dengan sorang cewek muda sebaya dengan anak perempuannya. tiap weekend tiap ketika dia akan berjumpa dengan cewek muda ini. isteri dirumah hanya tau yang dia akan keluar rumah sama ada bekerja atau bermain golf. tapi sekarang dia jarang2 main golf.

pagi tadi dia beritahu aku isterinya bermimpi. mimpi dia sudah kawin satu lagi. dengan sorang cewek muda sebaya dengan anak perempuan sulung mereka. dan punyai sebuah rumah ditempat yang sama (60 kilometer dari kota) untuk isteri muda ini. dia mengambil masa2 bersama isteri muda pada hari2 bekerja dan weekend bila keluar main golf. mimpi isterinya sebijik (atau duplicate) seperti angan2 dan aktiviti nya. tapi isterinya tak curigai apa2 karena itu cuma satu mimpi belaka.

kami ketawa besar, karena contact bathin isterinya sungguh kuat sekali. kesudahannya kita sama2 tunggu dan lihat.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?