Monday, July 11, 2005

 

STORY JIRAN

malam minggu. malam lepas konsert AF3. sedang aku nak mula baring, terdengar suara jiran memanggil2 anak perempuannya. hairan juga ya ? kenapa lewat malam bagitu masih ia memanggil2 mencari anak nya? kemudian terdengar bunyi pintu pagar di buka dan bunyi motobike abang si perempuan ini meluru keluar kawasan rumah. abangnya disuruh keluar mencari adiknya. kemudian keadaan jadi sunyi semula dan rumah jiran mula kelam, lampu luar dipadam. aku sambung mau tidur.

esok harinya aku dapat berita bahawa anak perempuan jiran sudah lari rumah. lari tinggalkan ibu yg mengandungkannya. ibu yang membesarkannya dari ia bertapak kaki dua jari.

mengapa sungguh cepat anak muda sekarang buat begitu. klo tension pun astaqfar saja. kan agama kita suruh kita banyak berastaqfar klo punyai masaalah. terus cari jalan untuk menyelesaikannya.

sayangi lah ibu kandung mu. usah kamu lukakan hati nya. dialah satu2 nya manusia yang akan mendoakan kesejahteraan mu. doa dan restu sorang ibu itu lebih dimakbul tuhan. jadi pelihara lah hati ibu kandung mu. semoga diberkati Allah Azawajalla.

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?