Monday, July 18, 2005
ADA SAYANG ADA RINDU
kemarin aku main. kali ini ada caddy ayu. genit lagi orangnya. sekali pandang macam si bibir delima. ia coba buat manja ama aku. aku layan kerenahnya. berdua berpayung di tengah panas. dipicit2 belakangku walaupun aku tak memintanya. sampai aku tak tahu bahawa permainan aku merosot sekali. sungguh pun begitu aku beri tip lumayan sekali kepadanya. aku puas.
balik rumah aku terkenang kata2 si bibir delima. sudah pasti.. kalau tak ada sayang tak ada rindu. itu membuat aku tersenyum sambil merebah badanku di sofa tamu.
handfon berbunyi dengan lagu mariah carey, aku terkejut dari lamunan ku. suara wanita beri salam. aku belum pasti siapa. tapi ada berita hangat yang mau dibilang sama aku. aku respond meng-iyakan segalanya. ia merindui jawapan ku.
pasti ia rindu tapi bukan kerna sayang.