Wednesday, May 25, 2005

 

MANIS BUKAN GULA

Waktu aku keluar dari kios surat khabar ketika menuju ke kereta park di tepi jalan, aku terdengar suara menangis....."Aduuhhh.... sakit mak". Mata ku mencari tangisan tadi. Rupa2nya suara itu datang dari gadis bertudung yang sudah terduduk kaku di hujung tangga bas yang berhenti di situ. Ibunya cuba mententeramkan gadis itu.

"Tak boleh mak ... tolong mak!" Aku terus mau tau kenapa jadi begitu. Aku berjalan perlahan menuju dua beranak itu. Ketika itu si ibunya sudah memaut anaknya cuba mendokongnya keluar dari atas tangga bas. Dibaringkan anak gadis duapuluhan tadi di tepi jalan berhampiran kereta aku. Aku terdengar dreber bas berkata,"Takda luka ke? Takda apa2 ke? Semua boleh buat sendiri?" Si ibu mengangguk kepada dreber bas. Bas pun beredar dari situ.

"Kenapa makcik? Kenapa dengan anak makcik ni?" aku menyoal.

"Dia terjatuh tangga masa turun tadi. Kerana dia ada penyakit buah pinggang, dia rasa sakit mau bergerak!" jawab ibunya.

"Boleh saya tolong? Makcik nak balik kemana? Boleh saya tolong hantarkan?" aku pelawa servis ikhlas ku. Memang aku suka bantu dgn ikhlas. Sifat aku mungkin. Selepas diberitahu dimana tempat tinggalnya, si ibu tadi membimbing anak gadisnya berdiri. Aku cuma lihat saja kerna ibunya masih bertenaga berbuat demikian. Mereka menuju ke kereta ku. Aku membuka pintu belakang dan mereka masuk duduk di seat yang empuk.

Dalam kereta aku dapat mendengar cerita dari ibunya. Setelah kurang lebih sepuluh minit kami telah sampai ke destinasinya. Adik sigadis datang mendokong kakaknya masuk kedalam rumah. Mereka mengucap terima kasih. Aku pun pulang.

Dalam perjalanan pulang aku masih terbayang gadis tadi. Dia manis... tapi telah di takdirkan sakit yang memerlukan buat dialysis selalu. *yang manis di pandang yang sakit di tatang*

Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?